disini aku ingin menceritakan tentang kisah cinta yang tak dapat aku lupakan sehingga kini dan ianya telah tinggal sebagai memori hidup aku ...
bermulanya apaila aku baru sahaja melangkah ke IPTA..
waktu permulaan aku disana aku telah pun bergelar tunangan orang .. akan tetapi pada aku ia tidak menjadi masalah untuk aku teruskan belajar serta bergelar sebagai pelajar IPTA ...kerana apa jua pun cita2 aku tetap diteruskan ..
Bermula dengan semester 1
permulaannya pembelajaran aku berjalan lancar seperti biasa ...dan rase seronok jugak bila bergelar sebagai pelajar ...kerana bagi aku ilmu adalah segala2nya dalam mengejar cita-cita ..dalam meneruskan pembelajaran , aku telah dihadiahi sebuah komputer riba dari kedua ibu bapa aku ..mulanya aku masih merangkak dan baru lagi dalam dunia laman sosial ney ...mula-mula memasuki laman sosial ney rase macam tak de ape pun yang best sebab aku baru lagi dan banyak bende yang aku tak taw tentang laman sosial ney ..jadi kadang-kadang aku on , kadang-kadang aku lame sangat tak on laman sosial aku tu.waktu sem 1 ney aku dok umah sewa sendiri , aku dok umah tu dengan sorang kakak yang keja kilang ..jadi.... dalam umah sewa tu aku tinggal berdua aja dengan kakak tu ..mmm...bosan jugak bler dah dok berdua aja..kakak tu pun jarang-jarang ade kat rumah biase la keje shiftkan ....tatkala aku melalui hari-hari sebagai pelajar dalam mase yang sama aku telah dilanda masalah dalam hubungan pertunangan aku ...ntah kenapa tiba-tiba sahaja tunang aku datang ke rumah aku , dan hanya memberitahu yang dye ingin memutuskan ikatan pertunangan ini dengan alasan yang dye teramat cemburu dengan kehidupan aku sebagai pelajar ..baginya sebagai pelajar terlalu banyak perkara yang perlu dibuat bersama-sama rakan ...tidak kira rakan lelaki atau perempuan ...tunang aku ney adalah seorang yang sangat kuat cemburu ...pada mulanya aku memang tidak dapat menerima keputusannya kerana aku sudah cukup setia dengannya tapi apakan daya selepas dye memutuskan juga pertunangan ini dengan sebab yang kedua pula , apabila dye sudah tidak punyai perasaan cinta terhadap aku dan cintanya sudah dimiliki oleh wanita lain yang baru berkenalan selama 3hari dan akan bertunang dengan wanita itu tidak lama lagi ... ini lagi menambahkan hati aku seperti dipanah duri yang tajam ..hati aku hancur dan remuk dengan segale keputusan yang dibuat oleh si dia ...sewaktu itu aku bagaikan manusia yang tiada pegangan agama ..aku jadi tidak tentu arah ..aku juga hampir membunuh diri ,tapi nasib menyebelahi aku kerana kawan-kawan aku hadir untuk menenangkan diri aku , agar tidak membuat kerja yang tidak akan membawa sebarang faedah dan tidak diterima oleh agama islam...dalam keadaan sebegini aku tidak lagi dapat memberikan fokus pada pembelajaran aku seperti biasa ....aku sudah jarang untuk ke kelas ..ini disebabkan kekecewaan aku tidak dapt hilang lagi dari memori hidup aku ...setiap malam dan setiap hari hidup aku hanya dipenuhi dengan tangisan yang tiada hentinya ....hanya kawan-kawan dan keluarga aku sahaja yang dapat memberi semangat untuk aku teruskan pembelajaran ...tapi apakan daya keputusan aku disemester pertama ini adalah sangat mengecewakan aku serta kedua ibu bapa aku,akan tetapi kedua ibu bapa aku tidak penah putus untuk memberikan semangat yang membina buat diri aku ...
Semester 2
aku memulakan kehidupan aku seperti biase sebagai seorang pelajar IPTA ....
kehidupan dan pembelajaran aku berjalan lancar ,dengan azam yang baru ...walaupun perit untuk aku melupakan si dia namu aku teruskan juga perjuangan untuk mencapai cita-cita aku kerana hanya dengan ilmu kite mendapat lebih pertahanan untuk diri kita sendiri di masa hadapan kelak ....hari demi hari terus berlalu ...dalam aku suka-suka untuk melayari laman sosial ,aku telah dikejutkan dengan seorang lelaki yang bernama mohd khair ...dengan pantai dye menegur aku di dalam laman tersebut dengan menanyakan "awak student psp jugak ke?"aku teru menjawab ya ...kemudian kami terus berchatting hingga boleh dikatakan setiap hari kami berchatting...pantang balik klas terus aku tuju ke laptop sebb nak chat dengan khai tu ...disini bermula la rase semacam ja,mula aku engat biase-biase je ....tapi semakin lame hati aku jadi laen pada dye mungkin sebab cara dye menambat hati aku tu penuh dengan rase rendah diri ....setelah lame kami hanya berhubung melalui chatting ,satu ari tu kami mengambil keputusan untuk bertemu muka ....tapi waktu tu dye macam tak nak sangat jumpe dengan aku sebab dye kate dye takot aku tak dapat terima dye sebagai kawan sebab dye tak de paras rupa dan dye cakap dye tak layak nak keluar dengan orang cantik macam aku...tapi pada aku status cantik tu takde langsung buat aku ...walaumacam mane cara pun aku tetap memaksa dye untuk berjumpa akhirnya ..aku memutuskan untuk berjumpa dengannya pada pukul 8.30malam ...di blok rumah sewa aku..hati aku mulai debar semasa menunggunya ...apabila dye sampai saja di bawah blok aku ,aku terus pergi mendekatinya ..namun waktu tu dye nampak seorang yang pemalu dan malu untuk berhadapan dengan aku ...tapi alhamdulillah aku telah pandai untuk membuatkan dye selesa bersama aku..biasa la ,aku ney memang jenis ramah terlebih dan muka tak malu ckit ..heheheheh ...
Dalam semester dua ney sebenarnye aku Cuma nak cerita
tentang pertemuan aku dengan seseorang yang dapat melupakan aku pada si dia
(bekas tunang aku).nama dia khai …bermula dengan pertemuan kami di laman social
(facebook).pada mulanya kami sekadar berkenalan sahaja tidak sampai pada
pertemuan bersua muka.mungkin atas sebab aku ni seorang yang tidak suka hanya
sekadar berbual di laman social dan akhirnya kami membuat satu pertemuan ,..dan
akhirnya pertemuan itu membuatkan aku selesa untuk keluar bersamanya untuk
beberapa kalinya selepas pertemuan pertama kami itu.apa yang menyelesakan aku
adalah si dia ney sentiase berkelakuan rendah diri dan sentiasa dalam keadaan
yang ‘cool’ …dan yang penting dye sentiasa menghormati aku …pada mulanya memang
aku tidak pernah terlintas pun untuk jadikanya sebagai kekasih hati aku …tapi
selepas satu tragedy ini ,ia membuatkan aku berfikir kembali yang sebenarnya
aku benar-benar telah mencintai si dia …kejadian
itu berlaku ketika aku sedang asyik keluar bersama si dye ,tiba2 aku terdengar
1 mcg dari telefon bimbitnya dan aku terlihat nama seorang perempuan tanpa
berfikir panjang aku tlah rampas telefon bimbit tu daripada si dia …lalu aku
campakkan telefon si dia ke atas jalan di sebuah shell dan ketika itu juga lah
hujan turun dengan lebatnya dan aku sendiri agak terkejut dengan tindakan aku yang tiba2 menjadi seorang
cemburu buta pada waktu itu …lantas aku terus menuruni moto tersebut dan
bergegas lari untuk pulang sendirian..tatkala aku berjalan ditengah hujan yang
lebat hati aku juga terase seperti dipermaenkan oleh seorang lelaki ,mungkin
perasaan tu muncul disebabkan aku pernah dipermaenkan oleh lelaki sebelum ini…sambil
aku meneruskan perjalanan si dia telah mengekori aku dari belakang dan akhirnya
berlari mendapatkan tangan aku dan terus memelukku dan memberitahu yang dye
benar2 sayang padaku dan tidak aka nada perempuan laen yang dapat menggantikan
tempat aku…dan menjelaskan mcg itu sebenarnya adalah untuk dye memancing bekas
teman wanitanya untuk membayar semula wang yang telah dipinjamkan kepada
perempuan tersebut …setelah itu aku baru mengerti apa yang terpendam dilubuk
hati aku pada waktu itu.bukan kenangan tu sahaja yang masih bersemadi dalam
memori hidup aku,tapi ada lagi perkara yang membuatkan aku tidak dapat
melupakannya ,iaitu tragedi apabila aku sedang asyik bersiar-siar dengan si dye
menaiki moto ,aku telah tertidur di atas bahu si dye ..dye kerisauan si dye
telah memeluk aku dengan meletakkan sebelah tangannya dibelakang pinggang aku
dan sebelah tangan itu lagi sambil memegang handle …pada waktu itu aku tersedar
betapa prihatinnya si dye terhadap aku dan betapa sayangnya dye pade aku..aku
terase benar yang dye tulus dalam bersame aku,dan pade aku tidak semua lelaki
akan berkelalukan seikhlas ati mereka dizaman yang baru ini…sejak perkenalan
kami ,kami sentiasa menghabiskan masa bersama dan mengulangkaji plajaran
bersama-sama,pada aku waktu itu dye adalah semangat bagi aku …untuk aku
teruskan hidup ini…
Semester 3
banyak kenangan terindah yang telah kami lalui bersama,salah
satunya ..kami pernah bersama-same ke padang kota lama penang ,bertujuan untuk
menenangkan fikiran selepas exam …tidak
ku lupa ,sewaktu kami pergi itu jam menunjukkan pukul 11.30mlm dan kami pulang
agak kelewatan kerana terlalu asyik bersembang di taman padang kota itu,tapi
kenangan manis bersama kami ditempat itu ialah semasa kami sama-sama menaiki
buaian …pada waktu itu kami bersama tidak ubah seperti keanak-anakan …dan aku
terasakan seperti kami memang ada ikatan yang sangat laen ….bagi aku tak semua
lelaki akan melakukan perkara yang sebegitu walaupun seorang perempuan itu
adalah kekasihnya ….si dye juga telah membuat perngorbanan yang besar buat aku
,iaitu selepas tamat IPTA sepatutnya dye telah pulang ke pakuan
keluarganya di Pahang dan meninggalkan
aku,akan tetapi si dye telah membuat keputusan untuk bersame aku di sini
(permatang pauh) ….dan terus bekerja disini …dalam masa yang sama sebenarnya
aku turut berase gembira kerane semangat aku akan terus mekar dengan adanya si
dye di sisi aku akan tetapi dalam masa itu juga aku turut kasihan pada si dye
kerana berjauhan dengan keluarganya serta sanggup beraya berjauhan dengan
keluarganya juga …mmm….ini lah dikatakan demi cinta,demi sayang sanggup ku
korbankan apa jua …tapi apakan daya hubungan kami tidak dapt bertahan dengan
lama …disebabkan oleh pemergian ibu si dye kerahmatullah , menyebabkan si dye telah pulang ke Pahang
dan menetap di shah alam untuk mencari rezeki buat menyara adik-adiknya …dan
akhirnya hubungan kami terus terputus dan aku masih lagy tetap mengingati
segala kenangan bersama dan aku tidak akan melupakan segala pergorbanan si dye
buat diri ku…dan aku tahu tiada lagy laki yang terbaek seperti si dye …dan aku
juga mendoakan kejayaan dan kebahagian buat si dye ..walaupun di hati ini maseh
sayang dan rindukan si dye ….aku juga berharap agar si dye tidak melupakan aku
begitu sahaja dan jagalah pemberian aku pada dye dengan seeloknya …..sekian
sahaja cerita cinta hidup ku ..harap maaflah aku bukan seorang penulis yang
berkaliber ….jadi pastinya ada saja salah silap ayat-ayat ku didalam cerita ini
…harapnya kalian sebgai pembaca tahu akan kesilapanku dan memahaminya …..
No comments:
Post a Comment